17 A &17 B, Jalan Tiaj 2/1, Taman Industri Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam

Pelan Tindakan Kebakaran & Kecemasan

Pelan Tindakan Kebakaran & Kecemasan

Pelan Tindakan Kebakaran dan Kecemasan adalah dokumen penting yang perlu disediakan untuk memperincikan maklumat jenis kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang disediakan di premis ditetapkan sebagaimana ketetapan Peraturan 2(1)(b) dan 6E(1)(d)Peraturan-peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 2020, Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Siapakah yang akan menyediakan pelan tersebut?

Organisasi Keselamatan Kebakaran bagi Premis Ditetapkan untuk Perakuan Bomba.

Bagaimanakah cara untuk menyediakan pelan tersebut?

Dokumen ini hendaklah disediakan berdasarkan ketetapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengikut format yang sepatutnya bagi memudahkan Pegawai Pemeriksa Perakuan Bomba membuat pemeriksaan. 

Dokumen ini hendaklah mempunyai butir-butir yang berkaitan dengan Pelan Tindakan, Perkhidmatan Sokongan  Perintah dan Isyarat dan lain-lain butir-butir yang relevan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Dokumen ini perlu dikemukakan bersekali dengan permohonan Perakuan Bomba bagi Premis Ditetapkan.

Jika anda memerlukan apa-apa bantuan
atau maklumat lanjut tentang perkara diatas, anda boleh menghubungi pihak kami di Hotline dibawah.

No. Tel: +6013- 303 4001

Email: [email protected]

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Follow us on
Facebook
Pinterest
WhatsApp
LinkedIn
Twitter
Contact Form Demo